Saturday, 10 November 2012

Imbuhan (me -kan dan me - i)



 
Apakah perbezaan menghadiahi dan menghadiahkan ?

Menghadiahi

memberikan hadiah kpd:

~ setiap pekerja yg bersara sebuah cenderamata;
Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;

Menghadiahkan

memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan:
mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisahan itu;
dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.

  Ini satu lagi masalah yang berkaitan dengan kata kerja transitif (KKT). 
Ingat, semua kata kerja (KK) yang menggunakan imbuhan apitan me-kan dan me-i merupakan KKT. Jadi selepas KKT ialah objek. Cuma dalam hal ini, kita kena kenal pasti jenis objek itu sama ada objek benda atau objek manusia.
  • me- kan ——-> objek benda
  1. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada adiknya.
  • me- i ———-> objek manusia
  1. Ali menghadiahi adiknya sebuah buku.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya agak keliru, bagaimana pula dengan menghadiri majlis? sedangkan masjlis bukan objek bernyawa

    ReplyDelete