BM 2- BHG A
Perkara
: Memindahkan maklumat daripada bahan grafik
Stimulus : 1. Gambar Tunggal
2. Gambar Bersiri
3. Carta
4. Jadual
5. Graf
6. Peta
Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (
Tiada pilihan -wajib dijawab)
Jumlah perkataan : Tiada had ( Jumlah
perkataan terbaik antara 8 hingga 14)
Bentuk jawapan : Ayat lengkap /
gramatis ( Ayat majmuk)
Markah : 10 markah
Cadangan masa : 15 minit.
Panduan Am
Langkah-langkah membina ayat :
1. Kenalpasti kunci soalan ,arahan atau
kehendak soalan :
1.1 Arahan 'aktiviti '-
bermaksud kata kerja atau perbuatan sahaja.
1.2 Arahan 'situasi'(Keadaan
manusia,binatang,tempat atau benda)
bermaksud
anda boleh menggabungkan ayat aktiviti dan situasi.
1.3 Arahan 'tentang'-juga
bermaksud anda boleh menggabungkan ayat
aktiviti
dan situasi.
2. Kenal pasti tema dan situasi
dalam gambar atau bahan grafik yang diberi :
Contoh : a) Gambar Suasana Sambutan
perayaan( UPSR 2011)
b) Gambar aktiviti di tapak perkhemahan
c) Gambar suasana di perpustakaan.
3. Calon menyenaraikan kata
kerja(perbuatan yang sedang dilakukan)
dalam gambar dengan :
3.1 Membulatkan watak dalam
gambar - Senaraikan lima kata kerja yang
berkaitan dalam
gambar.
4. Calon membina ayat berdasarkan kata
kerja yang disenaraikan.
4.1 Gunakan nama watak (Kata nama khas)
atau (Kata nama am).
4.2 Mulakan ayat dengan:
4.3 nama watak(subjek) + Kata kerja
yang berkaitan + akhiri ayat
dengan maklumat ( di mana , bagaimana dan mengapa)
4.4 Subjek@objek + Kata Kerja
+ Kata hubung + Penerangan ayat
4.5 Contoh ayat :
Aminah dan Salmah
sedang membeli aiskrim daripada Encik Ahmad di
halaman rumah
mereka.
4.6 Semak ayat yang dibina.Gunakan ayat
aktif.Elakkan ayat pasif.Pastikan tiada kesalahan
ejaan,kosa kata dan tanda baca.
No comments:
Post a Comment