Apakah perbezaan menghadiahi dan
menghadiahkan ?
Menghadiahi
memberikan hadiah kpd:
~ setiap pekerja yg bersara sebuah cenderamata;
Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;
Menghadiahkan
memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan:
mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisahan itu;
dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.

Ingat, semua kata kerja (KK)
yang menggunakan imbuhan apitan me-kan dan me-i merupakan KKT.
Jadi selepas KKT ialah objek. Cuma dalam hal ini, kita kena kenal pasti
jenis objek itu sama ada objek benda atau objek manusia.
- me- kan ——-> objek benda
- Ali menghadiahkan sebuah buku kepada adiknya.
- me- i ———-> objek manusia
- Ali menghadiahi adiknya sebuah buku.