Tuesday, 23 October 2012

MEMBINA ULASAN / NILAI MURNI


PANDUAN MEMBINA ULASAN ATAU NILAI MURNI

LANGKAH PERTAMA
1) Baca dan fahami kehendak soalan.
2) Garisi kata kunci soalan.

LANGKAH KEDUA
1) Baca petikan secara luncuran terlebih dahulu.
2) Fahami keseluruhan petikan dan arahan soalan dengan teliti.
3) Patikan sama ada arahan soalan itu meminta kamu membina ulasan tentang pengajaran , nilai, faedah,kesan,amalan baik, atau nilai murni yang kamu perolehi daripada petikan.

LANGKAH KETIGA
1) Garisi dan catat isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
2) Gunakan ayat kamu sendiri.

LANGKAH KEEMPAT
1) Bina ulasan yang lengkap.
2) Gunakan penanda wacana yang sesuai.
3) Ulasan yang patut kamu bina itu hendaklah dalam bentuk satu perenggan yang panjangnya tidak lebih dari 50 patah perkataan.

LATIHAN MEMBINA ULASAN
Tulis lima pengajaranyang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

  LANGKAH 2:
  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan
  baik, nilai murni , faedah  atau  pengajaran.

Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)

Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu (tolong-menolong)  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong)  mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental)  Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)  dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah……………………(huraian/contoh). Seterusnya, kita haruslah……………………
…………………………….(huraian/contoh)……………… Di samping itu, kita hendaklah…………………
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, kita mestilah ………………………. ……………………………..(huraian/contoh)………….
……………………………………………………………… Akhirnya, kita wajarlah……………………….(huraian/contoh)
……………………………………………………………..

No comments:

Post a Comment