Saturday, 27 October 2012
Latihan Jenis-jenis Ayat
LATIHAN 1.
Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini:
1.Aduh, sakit kepalaku ini!
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?
LATIHAN 2:
Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.
1) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
2) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
3) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
4) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
5) Engkau tunggu dia di rumah.
LATIHAN 3:
Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
1)) Ayat tanya
2) Ayat seru
3) Ayat perintah
4) Ayat penyata
5) Ayat silaan
6) Ayat larangan
7) Ayat permintaan
8) Ayat suruhan
Tuesday, 23 October 2012
SEKAPUR SIRIH
SEKAPUR SIRIH
Sekapur sirih
*Buat anak didikku di SK Taman Bukit
Tiram
PANTUN NASIHAT
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pangkal kelapa
Kepada ibu dan juga bapa
LATIHAN 1
Bina ayat berdasarkan
simpulan bahasa yang diberikan.
1)Cupak hanyut _
_____________________________________
2)Daki dunia
_
____________________________________
3)Anak dagang _ _____________________________________
4)Bidan terjun _ _____________________________________
5)Hentam Keromo_ _____________________________________
SIMPULAN BAHASA
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa
1) Cupak hanyut
1) Cupak hanyut
Makna _ lenggang dan
langkah yang lemah lembut
Ayat _Razila selalu menjadi tumpuan
ramai kerana jalannya seperti
cupak hanyut itu.
2) Daki dunia
Makna _ Harta yang
diperoleh semasa hidup tidak dapat dibawa ke mati
Ayat _
Kita sebagai manusia perlu ingat bahawa harta yang dieprolehi di
dunia ini ialah daki dunia
sahaja .
MEMBINA ULASAN / NILAI MURNI
PANDUAN MEMBINA ULASAN ATAU NILAI MURNI
LANGKAH PERTAMA1) Baca dan fahami kehendak soalan.
2) Garisi kata kunci soalan.
LANGKAH KEDUA
1) Baca petikan secara luncuran terlebih dahulu.
2) Fahami keseluruhan petikan dan arahan soalan dengan teliti.
3) Patikan sama ada arahan soalan itu meminta kamu membina ulasan tentang pengajaran , nilai, faedah,kesan,amalan baik, atau nilai murni yang kamu perolehi daripada petikan.
LANGKAH KETIGA
1) Garisi dan catat isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
2) Gunakan ayat kamu sendiri.
LANGKAH KEEMPAT
1) Bina ulasan yang lengkap.
2) Gunakan penanda wacana yang sesuai.
3) Ulasan yang patut kamu bina itu hendaklah dalam bentuk satu perenggan yang panjangnya tidak lebih dari 50 patah perkataan.
LATIHAN MEMBINA ULASAN
Tulis lima pengajaranyang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Apabila
balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku
barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong
kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya
sendiri yang membalut buku-buku ini.”
Liza merupakan anak yang
suka menolong ibu dan ahli keluarganya
yang lain. Liza selalu menolong
ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan
mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik
tidurnya supaya kelihatan
kemas dan bersih. Dia
sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya
dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis
pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga
mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
|
LANGKAH
2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang
menunjukkan amalan
baik, nilai
murni , faedah atau pengajaran.
Apabila balik dari sekolah, Liza
mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari
beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku
kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)
Liza
merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan
ahli keluarganya yang lain. Liza selalu
menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,
melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu
ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta.
Setiap
pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya
supaya kelihatan kemas
dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal
dan mental) Rambutnya diikat kemas,
kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan
pakaiannya.
Pada
hari minggu, Liza dan keluarganya selalu
bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam
pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya.
Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
|
BAHAGIAN
C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah……………………(huraian/contoh). Seterusnya, kita haruslah……………………
…………………………….(huraian/contoh)……………… Di samping itu, kita hendaklah…………………
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, kita mestilah ………………………. ……………………………..(huraian/contoh)………….
……………………………………………………………… Akhirnya, kita wajarlah……………………….(huraian/contoh)
……………………………………………………………..
Subscribe to:
Posts (Atom)