Saturday, 10 November 2012

Imbuhan (me -kan dan me - i)



 
Apakah perbezaan menghadiahi dan menghadiahkan ?

Menghadiahi

memberikan hadiah kpd:

~ setiap pekerja yg bersara sebuah cenderamata;
Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;

Menghadiahkan

memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan:
mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisahan itu;
dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.

  Ini satu lagi masalah yang berkaitan dengan kata kerja transitif (KKT). 
Ingat, semua kata kerja (KK) yang menggunakan imbuhan apitan me-kan dan me-i merupakan KKT. Jadi selepas KKT ialah objek. Cuma dalam hal ini, kita kena kenal pasti jenis objek itu sama ada objek benda atau objek manusia.
  • me- kan ——-> objek benda
  1. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada adiknya.
  • me- i ———-> objek manusia
  1. Ali menghadiahi adiknya sebuah buku.

Thursday, 1 November 2012

Bina Ayat



BM 2- BHG A
Perkara : Memindahkan maklumat daripada bahan grafik 
Stimulus : 1. Gambar Tunggal
               2. Gambar Bersiri
               3. Carta
               4. Jadual
               5. Graf
               6. Peta

Bilangan soalan : 1 soalan sahaja ( Tiada pilihan -wajib dijawab)
Jumlah perkataan : Tiada had ( Jumlah perkataan terbaik antara 8 hingga 14)
Bentuk jawapan : Ayat lengkap / gramatis ( Ayat majmuk)
Markah : 10 markah
Cadangan masa : 15 minit.

Panduan Am
  
Langkah-langkah membina ayat :

1. Kenalpasti kunci soalan ,arahan atau kehendak soalan :

1.1 Arahan 'aktiviti '- bermaksud kata kerja atau perbuatan sahaja.
1.2 Arahan 'situasi'(Keadaan manusia,binatang,tempat atau benda) 
     bermaksud   anda boleh menggabungkan ayat aktiviti dan situasi.
1.3 Arahan 'tentang'-juga bermaksud anda boleh menggabungkan ayat 
      aktiviti   dan  situasi

2. Kenal pasti tema dan situasi dalam gambar atau bahan grafik yang diberi :
Contoh : a) Gambar Suasana Sambutan perayaan( UPSR 2011)
             b) Gambar aktiviti di tapak perkhemahan
             c) Gambar suasana di perpustakaan.

3. Calon menyenaraikan kata kerja(perbuatan yang sedang dilakukan)
    dalam gambar dengan :

3.1 Membulatkan  watak dalam gambar - Senaraikan  lima kata kerja yang
     berkaitan dalam gambar.
4. Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan.
4.1 Gunakan nama watak (Kata nama khas) atau (Kata nama am).
4.2 Mulakan ayat dengan:
4.3 nama watak(subjek) + Kata kerja yang berkaitan + akhiri ayat    
      dengan maklumat ( di mana , bagaimana dan mengapa)

4.4 Subjek@objek + Kata Kerja + Kata hubung + Penerangan ayat

4.5 Contoh ayat : 
      Aminah dan Salmah sedang membeli aiskrim daripada Encik Ahmad di
      halaman rumah mereka.

4.6 Semak ayat yang dibina.Gunakan ayat aktif.Elakkan ayat        pasif.Pastikan tiada kesalahan ejaan,kosa kata dan tanda baca.

Mutiara Kata



Mutiara kata
“Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Maksud Justeru



Maksud Justeru
Justeru merupakan kata pinjaman dari Bahasa Indonesia.Kadang-kadang kita di Malaysia menggunakannya mengikut selera kita dan tidak membawa maksud sebenar perkataan tersebut.Justeru mempunyai dua maksud 

Maksud Pertama - kebetulan ,tepat , kena benar
Contoh ayat :
Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi ?

Maksud Kedua - malahan , bahkan
Contoh ayat :
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.

Malangnya di Malaysia kadang-kadang orang menggunakan justeru yang membawa maksud oleh itu.
Contohnya dalam ayat berikut :

Saya tidak bersetuju dengan pandangannya.Justeru , saya tidak menyokong cadangan itu.

Di sini justeru telah disamakan dengan ungkapan oleh itu dan diberikan koma selepasnya.Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.

Sumber : 
Pedoman Bahasa-Prof Emeritus.Dr Nik Sapiah Karim-Berita Harian Rabu 20 Sept 2006